Sunday 2 June 2013

Bersama Pengasas MyQbic di Hotel Concorde

Masih segar dalam ingatan pengalaman manis di Hotel Concorde...jangan fikir bukan-bukan tau...akak bukan pergi berbulan madu dengan suami...umur akak dah separuh abad :-)

Akak menghadiri satu seminar sebenarnya...saje tambah pengalaman dan pengetahuan. Banyak perkara baru yang akak belajar dari seminar tu. Yang paling menggembirakan akak...akak dapat bersembang dengan pengasas Myqbic saudara Abu Pzize...walaupun perbualan kami hanya sekejap...tapi ia sangat bermakna bagi akak.

Selama ini, akak hanya dengar suara pengasas Myqbic menerusi telefon...akak agak terkejut sebenarnya sebab beliau adalah salah seorang speaker dalam seminar tu. Akak tak sangka akan bertemu dengan beliau secara bersemuka. Ape lagi, akak pun ambil peluang bersembang dengan beliau ketika seminar berhenti rehat.

Akak mula menyapa beliau sambil bertanya "tak pergi rehat ker?" Beliau tersenyum dan membalas ringkas "tak, saya puasa hari ini, puan."

"Boleh akak bertanya, saudara ni pengasas Myqbic ker?" akak bertanya beliau ingin kepastian. "Ya, saya." balas beliau.

Akak pun perkenalkan diri....akan memberitahu beliau yang akak adalah salah seorang ahli Myqbic... Beliau tersenyum mendengar penjelasan akak.

Akak memuji sikap dan perwatakan pengasas Myqbic ni...orangnya sangat sederhana...tidak sombong...halus dan indah bahasanya...beliau tidak bermegah-megah...nampak simple tetapi sangat smart. Kalau sekali pandang, memang orang tak tahu beliau ni seorang jutawan.

Pengajaran yang boleh kita belajar kat sini ialah tak semua orang kaya itu sombong...masih ramai jutawan-jutawan di luar sana yang baik dan ikhlas membantu orang yang memerlukan...bak peribahasa Melayu  "jadilah seperti resminya padi, semakin tunduk semakin berisi."